-
![](https://image.nostr.build/fd3c82ffc04940abf85bc5a71e673260da228e760dc71ecb17439145416482b7.jpg)
@ Disturbia
2023-08-16 05:17:46
**Pengenalan**
![63d27ac309363477eeceb97b_1_kW1BN8Zq8YGR1YYYK2kv9g.png](https://cdn.nostr.build/i/5fada7f714f37f9a1b5ba35fa8f6737de04ebe4d813c2be18ec4647097cd9ce4.jpg)
*Imej1: Logo Bitcoin Core bewarna jingga, logo Bitcoin Cash bewarna Hijau*
Bitcoin Cash bukan Bitcoin! ni asas yang wajar difahami oleh pengguna baharu dalam dunia aset kripto.
Bitcoin Cash (BCH) adalah aset kripto baharu yang diwujudkan pada tahun 2017 kesan perbezaan pendapat miner-miner Bitcoin. Walaupun memiliki struktur asas yang hampir serupa dan sejarah transaksi awal yang sama, Bitcoin Cash mempunyai perbezaan ketara dari segi harga, kepenggunaan dan potensi. Kedua-dua Bitcoin (BTC) (selepas ini akan dipanggil Bitcoin Core) dan Bitcoin Cash (BCH) adalah aset kripto yang boleh dibeli dan dimiliki secara sah dari exchanger Malaysia seperti Luno dan Sinergi.
**Sejarah**
Masalah kos transaksi Bitcoin Core yang semakin mahal dan lambat sudah menjadi isu sejak tahun 2017. Menyedari hal ini , Roger Ver mencadangkan agar saiz blok Bitcoin Core diperbesar kepada 32MB. Cadangan ini ditolak oleh sebahagian miner lain, lalu akhirnya miner yang bersetuju dengan Roger Ver memilih untuk meneruskan dengan haluan sendiri. proses ini dipanggil forking. Adakah idea Roger Ver berjaya? secara telnikalnya, ya. lihat rajah di bawah. Solusi ini menyebabkan jaringan BCH tidak sesak lagi:
![Screenshot_20230816-121627.jpg](https://cdn.nostr.build/i/3c1f11c7a61c3da59fee67d45017ae5d318f3acfb1a298f1c7dac5b3f76e910b.jpg)
*Imej2: Situasi semasa jaringan Bitcoin Core dalam bentuk visual*
![Screenshot_20230816-121659.jpg](https://cdn.nostr.build/i/3d0b7dac05c89b391b6fe5a6a09a893232d8f0f8dd441fb8cda88b941883a0db.jpg)
*Imej3: Situasi semasa jaringan Bitcoin Cash dalam bentuk visual*
Namun begitu, BCH gagal mengambil tempat BTC sebagai Bitcoin yang sebenar yang diilhamkan oleh Satoshi Nakamoto. lihat perbezaan harga BCH dan BTC pada masa kini:
![IMG_20230816_123258_226.jpg](https://cdn.nostr.build/i/4b71cf3175d36daae00f906835a32d83437821af5fb22eebfc8063f7bc0a43cf.jpg)
*Imej4: Perbezaan ketara harga BTC dan BCH*
**Sifat BCH**
BCH mempunyai caj transaksi yang sangat rendah. Ini bermakna BCH tidak perlu bergantung kepada Layer 2 seperti BTC untuk transaksi mikro.
![IMG-20230816-WA0012.jpg](https://cdn.nostr.build/i/deee407a795578446b0f00338757d1a0f322ca699fec988bbccaa607b258884f.jpg)
*imej5: caj pengeluaran BCH dari Luno*
Transaksi dapat disemak hampir serta merta di BCH memandangkan Blockchain tidak sesak walaupun sedang mengurus transaksi hampir dua kali ganda jumlahnya berbanding BTC. BCH juga tidak mempunyai isu replace-by-fee, dan ini membolehkan satu-satu transaksi lebih diyakini kesahihannya apabila butang "send" telah ditekan. Potensi ini menyebabkan BCH semakin mendapat tempat dalam kalangan pelabur.
![IMG-20230816-WA0013.jpg](https://cdn.nostr.build/i/59fffd43f8211527497f7a7b9bd745441f40b410ddd4bd1400d55a16bc9f0cbe.jpg)
*imej6: Blockchain BCH baru digunakan 2% apabila menguruskan 2562 transaksi dalam tempoh 10 minit*
![IMG-20230816-WA0014.jpg](https://cdn.nostr.build/i/da7752ee50eef432768bc948bd45b1c3eccb721861dd67b04a34a4c322fadba1.jpg)
*imej7: Blockchain BTC sudah mencapai kapasiti 98% walaupun baru menguruskan 1196 transaksi dalam tempoh 10 minit*
pun begitu, sama seperti BTC, BCH tertakluk kepada blocktime 10 minit (ini bermakna BCH yang baru masuk ke akaun pengguna tidak dapat digunakan / dibekukan dalam tempoh 10 minit sehingga 120 minit, begantung kepada polisi wallet masing-masing).
Address BCH bermula dengan awalan "q" atau "p" manakala Address BTC bermula dengan awalan "1" atau "3".
![Screenshot_20230816-124715.jpg](https://cdn.nostr.build/i/2c3d927f23a1e7a55b28c64887ed7c497be64a13e7b46dcf37eec51bd4700584.jpg)
*imej8: contoh awalan address BCH dengan huruf "q"*
![Screenshot_20230816-124812.jpg](https://cdn.nostr.build/i/325f1899691c2b984b5196ee79f0e40109c60d9065d55e4f405e1d5b6176cc05.jpg)
*imej9: contoh awalan address BCH dengan huruf " p"*
**Wallet Bitcoin Cash**
Saya menyarankan wallet [Bitcoin.com](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bitcoin.mwallet) memandangkan wallet ni bersifat self-custody (pemilikan penuh kendiri berbanding disimpan di exchanger) namun, ia menyokong login menggunakan email (tanpa mengabaikan penggunaan 12 word phrase). Ini menjadikannya ia sangat ideal untuk digunakan bagi tujuan pewarisan. Wallet ini juga menyokong simpanan aset Ethereum dan Bitcoin Core
![IMG-20230816-WA0016.jpg](https://cdn.nostr.build/i/428c92fb4360229c99d6a4a1fe96240ba45685c6b43cea90c063de01be34183d.jpg)
*Imej10: Wallet ini menyokong BCH, BTC dan ETH*
**Potensi BCH**
Komuniti BCH lazimnya bersifat inovatif. Oleh kerana itu, BCH mempunyai pelbagai inovasi yang tiada / belum diwujudkan pada BTC seperti cashscript dan simple ledger protocol (SLP). BTC pula dilihat lebih konservatif dan lebih mementingkan kestabilan berbanding pembangunan. Potensi nilai BCH dan BTC agak sukar diterjemah, namun perbezaan ideologi ini menjadi penentu sama ada institusi dan individu akan lebih memilih BCH yang agresif atau BTC yang dipercayai.
![1aohehqf76j71.jpg](https://cdn.nostr.build/i/a20e322d304184c9e92feb6db78e255427e1bb7e3dd82f1c147b886b2d2351bb.jpg)
*Imej11: Pembangunan dalam ekosistem BCH*